Hingga Ke Syurga ... Insya Allah

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 30, 2009

Kerja untuk Agama

*gambar ehsan dari anak murid.. mase mane nye amik dok tahu gambor ni huhuhu

masa abang P taip ni, mata susah nak lelap.. padahal try doh nok tdur awal2 sebab 31/12/2009 pukul lapan pagi ada interview di menara yayasan Islam...

actually tengah susah hati.. bukan pasal apa sangat, tapi pikir pasal kerja dan masa depan. secara overall, kalau fikir-fikir, memang jimat kalau kerja di yayasan islam.. walaupun start gaji spm rm830 ringgit, kalau ada rezeki akan ada kenaikan, ada kwsp... tu pun kalau dapat kerja ni.. (tapi abang P macam over confident dapat/lulus temuduga ni)

tapi bila fikir balik pasal offer Ust Zaini, abang P memang rasa berat hati nak tolak pelawaan dia.. walau gaji seribu lebih pun, mungkin kecik kalau nak compare dengan hidup d terengganu, tapi saham akhirat yang kita x nampak tu sayang yang nak lepas.

jadi guru tasmi' + warden asrama. dari kesungguhan Ust Zaini tu, abang P memang yakin bila terima kerja dengan dia. dia dah korbankan sebuah apartment dia untuk dijadikan asrama. dah siap beli 10 set katil double decker, kalu nok kira memang bukan sikit investment dia, tapi dia yakin nak buat sebab nak tolong agama Allah.

abang P pun sikit sebanyak boleh jaga hafalan diri sendiri. kalau abang P reject, takut dia x dok orang lain yang nak back up. memang dia dah 3 tahun tubuh sekolah kafa integrasi, tapi guru2 kafa yang dah kerja ngan dia x semestinya boleh jadi guru tasmi' untuk semak hafalan pelajar.

lagipun memang dia berharap sangat ngan abang P. selama program Kem Tahfiz cuti sekolah tu pon abang P mcm jadi tulang belakang program tu dibantu oleh anak2 dia yang sama2 skolah tahfiz tolong sikit sebanyak...

abang P ada gok bincang ngan Ust Din.. dia bg cadangan abang P kerja di yayasan je.. buleh dia tumpang sewa kat rumah ni.. tapi bila abang P cerita panjang lebar pasal Ust Zaini, dia pon rasa sama macam abang P rasa.. sayang nak tolak offer Ust Zaini sbb dia x dok org lain doh yg bleh dia harap untuk buka skolah tahfiz tu..

so buat masa ni memang abang P dalam istikharah lagi ni... antara nak pilih yayasan ataupun mengajar kat ust zaini.. ape2 pon abah ngan mama tolonglah doa jugok biar abang P dapat yang terbaik dunia dan akhirat.. amin

Monday, December 28, 2009

Sorotan Minggu Lepas

minggu lepas minggu yang paling bizi ... sepanjang minggu pack ngan program ...

22/12/2009: Amali Solat Jenazah









23/12/2009: sukaneka















24/12/2009: kuiz ilmiah


25/12/2009: Majlis Khatam Quran dan Majlis Penutup



Sunday, December 27, 2009

Welcome to The World: Harith Zidane


kakak dah selamat lahirkan baby.. baby boy named Harith Zidane.. tahniah tuk kakak... abah dah jadi tokki, mama dah jadi nenek

moga nanti menjadi anak yang soleh amin

Friday, December 18, 2009

Posting Yang Panjang

17/12/2009

hari ni buat lawatan ke Maahad Tahfiz Sains & Teknologi Istana Bandar (MITIB) ... skolah ni lebih kurang sama ngan skolah deris jusoh Imtiaz ...

MITIB ni dekat banting .. dari subang ke banting memang jauh jugok.. lebih kurang 2 jam perjalanan berbanting tulang drive dengan kereta.. agaknye sebab tu lah namanya banting.. huhuhuh


sebahagian daripada kompleks mitib.. bangunan lama yang baru direnovate.. sekolah ni baru beroperasi 2 tahun, pelajar sulung baru form 2 nak masuk form 3.. salah sorang anak ustaz zaini blajar kat sini... bahagia sungguh beliau, ada 9 anak, hok sulong sampai no 4 sume hantar skolah tahfiz, yang no 5 pun dia nak hantar skolah tahfiz..

bangunan putih ni Istana Bandar, di bina tahun 1800-an zaman sultan Alaeddin. skang under renovation, untuk dijadikan kelas MITIB, baik sungguh hati sultan.. daripada biar istana ni x guna langsung boleh jugak buat manfaat pelajar kat sini ..

gambar2 kat bawah sebahagian daripada acara lawatan ...








lepas lawatan kat sini, solat zohor di Masjid Sultan Alaeddin, sebelah jer ngan kompleks mitib ni.. masjid ni pun dibina tahun yang sama ngan pembinaan istana bandar.


tak boleh nok shoot gambar bangunan masjid, sebab masa ni hujan lebat sangat... balik ke subang puku 2, and sampai kat sana dalam pukul 4 ... huhuhuhu

sebelah malamnye ada program Qiamullail

18/12/2009

hari ni cuti ma'al hijrah, kem tahfiz pun bercuti hari ni sebab semalam dah ada program Qiamullail.. sekerat hari duduk di rumah jer, Ijat kene kerja, lepas solat Jumaat, ikut ustaz zaini pergi beli hadiah untuk acara penutup program tahfiz musim cuti sekolah ni...

until next update... babai

Friday, December 11, 2009

Bayor Cash!

Cerita dari Ejat:

hari ni khutbah jumaat di Masjid Negara berkisar pasal doa Tok Guru ... abang P x sure lah guane isi khutbahnyer... tapi Ejat kate ada lah sindiran kat Tok Guru ..

nok dijadikan cerita, masa solat jumaat, tok imam tergagap gagap nak bace surah ... dok ingat surah mana yang dia bace... sampai 3 kali tegur pon dok leh nok sambung2 jugok...

tu lah... sindir ulamak dalam khutbah.. Allah bayor cash kat tok imam tu hak hak hak

kat selangor hari ni khutbah pasal sultan.. sebab hari ni birthday dia.. doa pon meleret-leret nok suruh sultan panjang umor.. hohohoho

hari ni sebab cuti umum bagi negeri selangor ramai yang x hadir kelas.. Ejat keja sebab dia keja kat KL.. hihihihi ... minggu depan dok tahu lah guane kehadiran budak2 tu sebab minggu depan pon cuti awal Muharram jatuh hari jumaat..

Wednesday, December 9, 2009

Mue Sunggoh Lah

le ning abang P hanya pegang satu kelas jer ... dari pagi sampai ke petang, duk ngajor kelas ni jer lah.. dok tukar ke mana-mana pung..

tapi masalah sikit, abang P kene jaga kelas budak puan saje.. average umur dorang dari 10 - 16 tahun, tapi budak2 ni mue sikit .. lebih2 lagi hok besor2 ni, perangai gedik, kalu tegas sikit kang tak mboh ngaji pulok .. bile lok, naik atas kpale pulok..

ada lah 2-3 orang hok baik prangai dengor kata, tapi hok lain banyok main.. pening sunggoh ngajor budok2 zaman lening..

baik ngajor budok2 skolah rendah daripada skolah menengah huhuhuhu ...

2-3 hari ni sibuk sikit abang P tolong ustaz zaini buat kertas kerja ngan cari sukatan pelajaran untuk kelas tahfiz yang dia cadang nak buka tahun depan.. dah ada ayah student yang contact abang P tanye pasal kelas tu, tapi skang ni sume masih dalam peringkat awal, abang P try tolong mana yang termampu.. ustaz zaini nampak bersungguh sangat nak buka kelas untuk form 1 awal tahun 2010 nanti..

kemarin dah pergi tengok rumah ustaz zaini yang dia cadang nak jadikan asrama pelajar. rumah apartment ground floor, besor jugok, buleh la kalu letak 10 students buat permulaan.. kalu dapat sambutan, abang P akan jaga sekolah tahfiz dia tu insya Allah

ape2 pon, tgk lah guane ketgi..

Thursday, December 3, 2009

Ddebor Lok Rase!

Haish!

esok abang P kene ganti Ustaz Zaini baca khutbah ... dapat doh teks siang tadi... kutbah esok pasal zakat, ngan promosi suh bayar zakat kat lembaga zakat selangor ...

huhuhuhu

nervous ni nok jadi tok imam esok...

*ustaz zaini tu bos abang P ...

Wednesday, December 2, 2009

Dok Rok Wase...

hari ni dah masuk hari ke dua abang P ngajar kat program tahfiz cuti sekolah ni.. so far alhamdulillah mengajar ok je, cume penat sket sebab dari pagi sampai petang ...


hurrmmmmm dok tahu nok kabo nape... kalu ada nape2.. update lagi lah yer hik hik hik

Friday, November 20, 2009

Tafsir Al-Fatihah Bhg 3

Ayat Keenam

اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيم
Tunjukkan kami jalan yang lurus
.
  1. Berdoa memohon hidayah dan petunjuk Allah.
  2. Hanya Islam jalan yang lurus yang membawa kepada kebenaran dan kebahagiaan dunia dan akhirat.
  3. Ada pendapat memberi makna kedua sirat selain Islam ialah al-Quran. Al-Quran juga terkandung segala syariat Islam. Yang pentingnya menjadikan al-Quran sebagai panduan dalam merealisasikan syariat Islam.
  4. Minta jalan lurus, apabila ditunjuki jalan malas dan engkar pula nak ikut.
  5. Adab berdoa dengan Allah SWT. Sebelum memohon sesuatu hajat perlulah memuji-muji Allah dan mengabdikan diri kepada Nya dengan amal ibadah. Demikian doa lebih mustajab.
Ayat ketujuh

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan ni'mat ke atas
mereka bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan
pula jalan orang-orang yang sesat.

  1. Penjelasan tentang jalan yang terbaik untuk diikuti. Sudah tentu Islamlah jalan yang memberi ni’mat, seperti mana orang-orang terdahulu pernah mendapat ni’mat iaitu mereka di kalangan para nabi, siddiqiin (benar dalam beragama) syuhada’ dan orang-orang soleh.
  2. Ni’mat yang kekal abadi hanyalah di akhirat.
  3. Berlindung daripada jalan orang-orang yang Allah murkai iaitu yahudi dan jalan orang-orang yang sesat iaitu nasrani (kristian). Marah itu adalah sifat yahudi, sesat pula adalah sifat nasrani kerana menyeleweng daripada ajaran nabi Allah Isa a.s
  4. Petunjuk dalam mencari hidayah ke arah jalan yang benar dan menjauhkan diri daripada golongan yang menyeleweng daripada kebenaran.
  5. Tauladan daripada syariat Islam orang-orang yang terdahulu iaitu mereka yang taat kepada Allah diselamatkan manakala mereka yang engkar dibinasakan.
Ta’min
آمين
Perkenankanlah doa kami
  1. آمين bukanlah ayat al-Quran, ia adalah doa.
  2. Sunat menyebut amin di akhir surah fatihah kerana doa.

Thursday, November 19, 2009

kemungkinan ....

lepas solat isyak tadi, Ustaz Samad cuit belakang bahu abang P ... ada perkara nak dibincang katanya..

malam besok, dia ajak abang P pergi ke Masjid Bandar Menjalara.. nak jumpa dengan Ustaz Kiram.. Ustaz Samad kata masjid tu nak cari Imam ganti sebab Ustaz Kiram nak balik ke Filipina. ape2 pun abang P kene pegi jumpa dulu dan bincang macam mana..

tak tahu lah macam mana lagi... kena tengok lah besok macam mana

Saturday, November 14, 2009

Pecah

malam tadi kereta Ijat kene pecah.. tapi dalam kereta tu x der ape2 pun.. barang2 berselerak kesan kene selongkar.. nasib baik radio x kene curi...

masa pagi nak pergi kerja baru perasan.. termasuk kereta Ijat, ada sebuah lagi kereta sebelah pon turut kene pecah..

abis depan and blakang kene... nasib baik sebelah jer.. huhuhuhu



kesian Ijat.. huhuhu... abang P pegi hantar flyers program tahfiz al-Quran kat skolah2 dalam keadaan cermin terlopong macam ni... haish..