Hingga Ke Syurga ... Insya Allah

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, May 26, 2013

Hospital dan Tidur

Bismillah

Mula nak update semula setelah beberapa hari ... last week admitted lagi, alhamdulillah dalam proses recovering, terpaksa la telan pil-pil yang pahit, macam makan nasi ...

Banyak ibrah dan pengajaran yang ada disekeliling yang boleh diambil, especially bila dah sakit-sakit macam ni. point paling penting, mensyukuri setiap nikmat yang ada. nikmat sihat, nikmat maktu lapang, nikmat hidup, yang paling besar nikmat Islam dan Iman.

bukanlah bermaksud hanya ingat semua itu ketika ditimpa sesuatu, tetapi kadang-kadang, sesuatu itu datang sebagai ingatan kepada yang alpa. alhamdulillah.

petang jumaat 24/5/2013 dah boleh discharge. alhamdulillah. pertama kali terpaksa miss kelas Darussyifa'. harap-harap lepas ni x ade ape-ape aral lagi. sayang sangat bila miss kelas tu.

kat rumah, rehat jer ... lepas isya' terus tidur ... tapi terjaga pukul satu pagi. pening-pening, mual, perut tak selesa ... macam orang mengandung bunyi nya .. hihihi

habis segala zikir yang ingat dibaca, pusing kiri, pusing kanan, pergi dapur, jadi tikus curi makanan ... susah sungguh nak lelap semula. kesian siti, dah balik rumah pun tidur terganggu sebab abang P tak leh tidur. last-last pukul 5 pagi baru dapat lelap semula ... tu pun terpaksa jugak bangun awal lepas solat Subuh sebab nak kena bersiap untuk baca doa selamat ... mamai

kat sini nak share doa kalau susah nak tidur malam

boleh cuba amalkan, insya Allah ... tapi tidur jangan sampai terlajak subuh sudah .. Nauzubillah...

ps: tulisan sungguh skema, konon-konon bercita-cita nak jadi penulis hebat macam Hilal Asyraf .. hehehehe ..  berangan


Tuesday, May 21, 2013

Menulis

Bismillah ...

lama tak menulis, rasa macam nak buat blog baru dan tulis benda baru start dari awal semula ... sebab banyak posting dalam blog ni gambarnya hilang dan tak dapat nak recover semula ... sedih.

tiap-tiap kali buat mukaddimah mesti nak ungkit pasal gambar-gambar yang hilang tu. bosan.

cuba mencari idea... buntu.



tapi alhamdulillah Allah tunjukkan sedikit jalan untuk menghidupkan kembali blog yang dah berhabuk ni .. dapat idea untuk share sedikit ilmu Quran. moga-moga dapat memberi manfaat kepada semua. amin

insya Allah update2 lepas ni akan berkisar perihal ilmu Quran, tajwid dan perkara yang berkaitan dengannya. moga Allah permudahkan segala urusan . amin