Hingga Ke Syurga ... Insya Allah

Daisypath Anniversary tickers

Friday, November 20, 2009

Tafsir Al-Fatihah Bhg 3

Ayat Keenam

اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيم
Tunjukkan kami jalan yang lurus
.
  1. Berdoa memohon hidayah dan petunjuk Allah.
  2. Hanya Islam jalan yang lurus yang membawa kepada kebenaran dan kebahagiaan dunia dan akhirat.
  3. Ada pendapat memberi makna kedua sirat selain Islam ialah al-Quran. Al-Quran juga terkandung segala syariat Islam. Yang pentingnya menjadikan al-Quran sebagai panduan dalam merealisasikan syariat Islam.
  4. Minta jalan lurus, apabila ditunjuki jalan malas dan engkar pula nak ikut.
  5. Adab berdoa dengan Allah SWT. Sebelum memohon sesuatu hajat perlulah memuji-muji Allah dan mengabdikan diri kepada Nya dengan amal ibadah. Demikian doa lebih mustajab.
Ayat ketujuh

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan ni'mat ke atas
mereka bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan
pula jalan orang-orang yang sesat.

  1. Penjelasan tentang jalan yang terbaik untuk diikuti. Sudah tentu Islamlah jalan yang memberi ni’mat, seperti mana orang-orang terdahulu pernah mendapat ni’mat iaitu mereka di kalangan para nabi, siddiqiin (benar dalam beragama) syuhada’ dan orang-orang soleh.
  2. Ni’mat yang kekal abadi hanyalah di akhirat.
  3. Berlindung daripada jalan orang-orang yang Allah murkai iaitu yahudi dan jalan orang-orang yang sesat iaitu nasrani (kristian). Marah itu adalah sifat yahudi, sesat pula adalah sifat nasrani kerana menyeleweng daripada ajaran nabi Allah Isa a.s
  4. Petunjuk dalam mencari hidayah ke arah jalan yang benar dan menjauhkan diri daripada golongan yang menyeleweng daripada kebenaran.
  5. Tauladan daripada syariat Islam orang-orang yang terdahulu iaitu mereka yang taat kepada Allah diselamatkan manakala mereka yang engkar dibinasakan.
Ta’min
آمين
Perkenankanlah doa kami
  1. آمين bukanlah ayat al-Quran, ia adalah doa.
  2. Sunat menyebut amin di akhir surah fatihah kerana doa.

Thursday, November 19, 2009

kemungkinan ....

lepas solat isyak tadi, Ustaz Samad cuit belakang bahu abang P ... ada perkara nak dibincang katanya..

malam besok, dia ajak abang P pergi ke Masjid Bandar Menjalara.. nak jumpa dengan Ustaz Kiram.. Ustaz Samad kata masjid tu nak cari Imam ganti sebab Ustaz Kiram nak balik ke Filipina. ape2 pun abang P kene pegi jumpa dulu dan bincang macam mana..

tak tahu lah macam mana lagi... kena tengok lah besok macam mana

Saturday, November 14, 2009

Pecah

malam tadi kereta Ijat kene pecah.. tapi dalam kereta tu x der ape2 pun.. barang2 berselerak kesan kene selongkar.. nasib baik radio x kene curi...

masa pagi nak pergi kerja baru perasan.. termasuk kereta Ijat, ada sebuah lagi kereta sebelah pon turut kene pecah..

abis depan and blakang kene... nasib baik sebelah jer.. huhuhuhu



kesian Ijat.. huhuhu... abang P pegi hantar flyers program tahfiz al-Quran kat skolah2 dalam keadaan cermin terlopong macam ni... haish..

Wednesday, November 11, 2009

Tafsir Al-Fatihah Bhg 2

Sambungan dari yang lalu...

Ayat ketiga

الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih.

  1. Kedua-dua sifat meliputi segala pengertian kasihan belas dan kasih sayang Allah dalam segala keadaan
  2. Makna الرحمن ialah mengurniakan rahmat yang meliputi segala ni’mat, manakala الرحيمsentiasa memberi rahmat.
  3. الرحمنdi dunia الرحيم di akhirat. Dikatakan juga الرحمن adalah sifat penyayang Allah kepada semua hambanya tidak kira Islam atau kafir, manakala الرحيم sifat pengasih Allah khas hanya untuk orang Islam.
Ayat keempat

مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
Tuhan yang menguasai hari pembalasan.

  1. Menerapkan dasar aqidah umat Islam iaitu tuntutan beriman dengan hari qiamat yang merupakan rukun Iman yang kelima.
  2. Ramai orang yang percaya kepada Uluhiyah Allah dan percaya bahawa Allahlah yang menciptakan 'alam buana namun demikian mereka tidak percaya kepada "Hari Pembalasan" iaitu hari penentuan balasan di Akhirat.
  3. Lambang kekuatan iman orang Islam, percaya kepada perkara-perkara ghaib, mereka membenarkan berita yang disampaikan oleh pesuruh Allah walaupun tidak pernah dilihat dengan mata pancaindera.
Ayat Kelima

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

Hanya Engkau sahaja (Tuhan) yang kami sembah dan hanya kepada Mu
sahaja kami pohon pertolongan

  1. Mendekatkan diri kepada Allah Taala melalui ibadat. Lafaz Allah digantikan dengan kata ganti nama yang kedua (khitab) seolah-olah Allah Taala dekat dan berada di hadapan hambanya.
  2. Setelah melaksanakan perintah mengabdikan diri kepada Allah, segala pertolongan diminta hanya daripadaNya Tuhan yang Maha Berkuasa, bukan meminta pertolongan dengan makhluk atau kuasa lain.
  3. Pengakuan diri sebagai insan yang lemah dan kerdil. Sehebat mana manusia sekalipun tetapi segala pertolongan meminta dengan Allah Taala.
  4. Sombongnya seorang hamba yang malas beribadat tetapi apabila menghendaki sesuatu tergopoh-gapah minta diperkenankan.

Sunday, November 8, 2009

Alhamdulillah ...

sekarang dah confirm dapat mengajar.

dekat area Subang, nama sekolah tu Kafa Integrasi Profesional. memang dekat sangat ngan area rumah ni. one way route ngan Ijat pergi kerja, so x akan ada masalah untuk transportation.

abang P akan mula dengan program Tahfiz Al-Quran cuti sekolah, start 30 hb ni.. so abang P akan balik dulu Terengganu ngan Abah n Mama minggu depan. lepas tu datang balik lepas raya haji.

rasa sungguh gembira sebab dah confirm tempat kerja. Alhamdulillah..


Saturday, November 7, 2009

Tafsir Al-Fatihah Bhg 1

since tak tahu nak update ape.. daripada biarkan blog tak bertulis, so tulis sikit untuk tazkirah semua.. renung2kan dan selamat beramal!

tafsir ringkas surah al-fatihah

Nama-nama lain bagi surah ini :

12 nama bagi surah al-fatihah : as-solat, alhamdu, fatihatul kitab, Ummul kitab, Ummul Quran, sabue’ mathani ( tujuh ayat yang diulang-ulang), alquranul ‘azim, as-syifa’, ar-ruqyah, al-asas, al-wafiah dan al-kafiah

Kandungan surah al fatihah
  • Uluhiyyah (Ketuhanan)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
  • Aqidah – rububiyyah dan asmaul husna

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
  • Keimanan terhadap hari akhirat

مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ

  • Ibadah dan kepatuhan terhadap hukum-hakam, perintah dan larangan serta pegangan aqidah.

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
  • Syariat

اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيم
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ

  • Akhlak dan adab berdoa – Memuji Allah terlebih dahulu sebelum meminta

آمين

Hukum – Di sisi Imam Malik dan Syafie, wajib membaca surah al fatihah dengan sempurna dalam solat.

Istia'azah

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
Aku berlindung kepada Tuhan daripada syaitan yang
direjam
  1. Disunatkan berta’awuz sebelum membaca al-Quran samada bacaan tersebut dimulakan pada awal surah atau pertengahan.
  2. Disunatkan juga berta’awuz setiap awal rakaat mengikut pendapat Imam Syafie dan Imam Abu Hanifah.
  3. Syaitan adalah musuh dan sangat perlu bagi setiap muslim sentiasa memohon perlindungan daripada Allah Ta’ala. Allah mengingatkan kita agar tidak terjatuh kepada tipu dayanya. Syaitan berlari dalam anak adam mengikut aliran darah. Mereka meyeru kepada kekufuran dan meragukan keimanan hamba Allah, sekiranya tidak mampu mereka akan meyeru agar berbuat maksiat. Sekiranya masih gagal menipu daya hamba yang taat, syaitan akan merosakan amal seseorang dengan riya’ dan ujub.


Ayat pertama – Basmallah.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih.

  1. Di sisi Imam Syafie basmalah adalah salah satu daripada ayat surah al-Fatihah, namun bagi Imam Malik basmallah bukan daripada ayat al-Fatihah dan surah-surah yang lain kecuali surah an-Naml sahaja. Manakala bagi Ibnu Abbas basmallah merupakan ayat bagi awal semua surah.
  2. Bacaan basmallah tidak dibacakan pada awal Surah Baraah (at-Taubah)
  3. Basmallah dalam mazhab Syafie dibaca secara jahar (jelas) dalam solat jahar (maghrib, isya’, subuh dan solat-solat sunat tertentu) dan dibaca secara perlahan dalam solat bukan jahar (zohor, asar dan solat sunat tertentu).
  4. Tuntutan memulakan setiap sesuatu dengan "nama Allah" yang merupakan adab yang terpuji.

Ayat kedua


الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Segala puji-pujian terpulang kepada Allah Tuhan yang memelihara
semesta 'alam.



1. Allah Taala adalah zat yang berhak dipuji oleh sekalian alam yang terdiri dari manusia, jin, malaikat, haiwan yang melata dan selainnya.
2. Memuji-muji Allah Taala sebagai tanda syukur kepada Nya yang telah melimpahkan segala ni'mat dan rahmat-Nya.
3. Perbezaan الحمد dengan syukur. الحمد (puji-pujian) bersifat lebih umum daripada syukur. Syukur adalah amalan yang dilakukan sebagai tanda berterima kasih kepada Allah setelah mendapat nikmatNya. Ia dilakukan dengan lidah, hati dan anggota badan yang lain. Manakala الحمد (puji-pujian) adalah amalan sebagai tanda syukur. Ia hanya dilakukan dengan lidah sahaja.
4. Wajib bersyukur dengan nikmat Allah yang tidak terhitung. Syukur dengan lidah seperti memuji Allah, syukur dengan hati seperti mengetahui kadar nikmat Allah dan cara bersyukur dengan anggota badan ialah dengan melakukan ketaatan kepada Allah dan meninggalkan laranganNya.
5. Tiga jenis nikmat Allah. Nikmat dunia seperti sihat tubuh badan dan mendapat rezeki. Kedua, nikmat agama seperti mendapat ilmu dan ketaqwaan. Ketiga ialah nikmat akhirat seperti balasan pahala yang tidak terhingga terhadap amalan yang sedikit dalam tempoh umur yang singkat.
6. Lafaz الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ lebih afdal daripada kalimah tauhid لا إله إلا اللهkerana pengakuan لا إله إلا الله adalah punca daripada lafaz الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين. Makna "Rabb" merangkumi empat makna iaitu ilah (tuhan yang disembah), sayyid (tuan segala makhluk), Malik (raja yang menguasai) Muslih (memelihara dan mentadbir). Ayat ini memberi pengertian betapa besarnya kedudukan Allah Taala, mengatasi segala benda yang wujud.

bersambung....



Wednesday, November 4, 2009

Wat Nape Tu?

seminggu x update blog.. bukan x nak update, tp internet kat rumah mama n abah x der connection, so x der sape nak baca blog ni.. tapi terdetik gak hati nak tulis posting ni since mama and abah risau abang P buat nape kat sini lama-lama ...

macam yang abang P cakap sokmo2, abang P still tunggu interview mana2 sekolah yang dah abang P hantar resume tu, sebab dorang kata nak call..

doh tu sementara tu abang P wat nape? MySpace

selain jadi imam surau, abang P pon ada tolong Persatuan Wanita kat sini ajar mengaji, dah ada seorang ustazah yang mengajar. abang P tolong ajar budak2 lelaki je.. tiap2 malam ada kelas melainkan malam Jumaat, sebab ada baca Yasin..

kalau lepas 13 hb takdok nape2 call lagi, abang P balik lah nanti..

MySpace