12 nama bagi surah al-fatihah : as-solat, alhamdu, fatihatul kitab, Ummul kitab, Ummul Quran, sabue’ mathani ( tujuh ayat yang diulang-ulang), alquranul ‘azim, as-syifa’, ar-ruqyah, al-asas, al-wafiah dan al-kafiah
Kandungan surah al fatihah
- Uluhiyyah (Ketuhanan)
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
- Aqidah – rububiyyah dan asmaul husna
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
- Keimanan terhadap hari akhirat
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
- Ibadah dan kepatuhan terhadap hukum-hakam, perintah dan larangan serta pegangan aqidah.
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
- Syariat
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيم
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
- Akhlak dan adab berdoa – Memuji Allah terlebih dahulu sebelum meminta
آمين
Istia'azah
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
- Disunatkan berta’awuz sebelum membaca al-Quran samada bacaan tersebut dimulakan pada awal surah atau pertengahan.
- Disunatkan juga berta’awuz setiap awal rakaat mengikut pendapat Imam Syafie dan Imam Abu Hanifah.
- Syaitan adalah musuh dan sangat perlu bagi setiap muslim sentiasa memohon perlindungan daripada Allah Ta’ala. Allah mengingatkan kita agar tidak terjatuh kepada tipu dayanya. Syaitan berlari dalam anak adam mengikut aliran darah. Mereka meyeru kepada kekufuran dan meragukan keimanan hamba Allah, sekiranya tidak mampu mereka akan meyeru agar berbuat maksiat. Sekiranya masih gagal menipu daya hamba yang taat, syaitan akan merosakan amal seseorang dengan riya’ dan ujub.
Ayat pertama – Basmallah.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih.
- Di sisi Imam Syafie basmalah adalah salah satu daripada ayat surah al-Fatihah, namun bagi Imam Malik basmallah bukan daripada ayat al-Fatihah dan surah-surah yang lain kecuali surah an-Naml sahaja. Manakala bagi Ibnu Abbas basmallah merupakan ayat bagi awal semua surah.
- Bacaan basmallah tidak dibacakan pada awal Surah Baraah (at-Taubah)
- Basmallah dalam mazhab Syafie dibaca secara jahar (jelas) dalam solat jahar (maghrib, isya’, subuh dan solat-solat sunat tertentu) dan dibaca secara perlahan dalam solat bukan jahar (zohor, asar dan solat sunat tertentu).
- Tuntutan memulakan setiap sesuatu dengan "nama Allah" yang merupakan adab yang terpuji.
Ayat kedua
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Segala puji-pujian terpulang kepada Allah Tuhan yang memelihara
semesta 'alam.
1. Allah Taala adalah zat yang berhak dipuji oleh sekalian alam yang terdiri dari manusia, jin, malaikat, haiwan yang melata dan selainnya.
2. Memuji-muji Allah Taala sebagai tanda syukur kepada Nya yang telah melimpahkan segala ni'mat dan rahmat-Nya.
3. Perbezaan الحمد dengan syukur. الحمد (puji-pujian) bersifat lebih umum daripada syukur. Syukur adalah amalan yang dilakukan sebagai tanda berterima kasih kepada Allah setelah mendapat nikmatNya. Ia dilakukan dengan lidah, hati dan anggota badan yang lain. Manakala الحمد (puji-pujian) adalah amalan sebagai tanda syukur. Ia hanya dilakukan dengan lidah sahaja.
4. Wajib bersyukur dengan nikmat Allah yang tidak terhitung. Syukur dengan lidah seperti memuji Allah, syukur dengan hati seperti mengetahui kadar nikmat Allah dan cara bersyukur dengan anggota badan ialah dengan melakukan ketaatan kepada Allah dan meninggalkan laranganNya.
5. Tiga jenis nikmat Allah. Nikmat dunia seperti sihat tubuh badan dan mendapat rezeki. Kedua, nikmat agama seperti mendapat ilmu dan ketaqwaan. Ketiga ialah nikmat akhirat seperti balasan pahala yang tidak terhingga terhadap amalan yang sedikit dalam tempoh umur yang singkat.
6. Lafaz الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ lebih afdal daripada kalimah tauhid لا إله إلا اللهkerana pengakuan لا إله إلا الله adalah punca daripada lafaz الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين. Makna "Rabb" merangkumi empat makna iaitu ilah (tuhan yang disembah), sayyid (tuan segala makhluk), Malik (raja yang menguasai) Muslih (memelihara dan mentadbir). Ayat ini memberi pengertian betapa besarnya kedudukan Allah Taala, mengatasi segala benda yang wujud.
bersambung....
No comments:
Post a Comment