Hingga Ke Syurga ... Insya Allah

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 11, 2009

Tafsir Al-Fatihah Bhg 2

Sambungan dari yang lalu...

Ayat ketiga

الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih.

  1. Kedua-dua sifat meliputi segala pengertian kasihan belas dan kasih sayang Allah dalam segala keadaan
  2. Makna الرحمن ialah mengurniakan rahmat yang meliputi segala ni’mat, manakala الرحيمsentiasa memberi rahmat.
  3. الرحمنdi dunia الرحيم di akhirat. Dikatakan juga الرحمن adalah sifat penyayang Allah kepada semua hambanya tidak kira Islam atau kafir, manakala الرحيم sifat pengasih Allah khas hanya untuk orang Islam.
Ayat keempat

مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
Tuhan yang menguasai hari pembalasan.

  1. Menerapkan dasar aqidah umat Islam iaitu tuntutan beriman dengan hari qiamat yang merupakan rukun Iman yang kelima.
  2. Ramai orang yang percaya kepada Uluhiyah Allah dan percaya bahawa Allahlah yang menciptakan 'alam buana namun demikian mereka tidak percaya kepada "Hari Pembalasan" iaitu hari penentuan balasan di Akhirat.
  3. Lambang kekuatan iman orang Islam, percaya kepada perkara-perkara ghaib, mereka membenarkan berita yang disampaikan oleh pesuruh Allah walaupun tidak pernah dilihat dengan mata pancaindera.
Ayat Kelima

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

Hanya Engkau sahaja (Tuhan) yang kami sembah dan hanya kepada Mu
sahaja kami pohon pertolongan

  1. Mendekatkan diri kepada Allah Taala melalui ibadat. Lafaz Allah digantikan dengan kata ganti nama yang kedua (khitab) seolah-olah Allah Taala dekat dan berada di hadapan hambanya.
  2. Setelah melaksanakan perintah mengabdikan diri kepada Allah, segala pertolongan diminta hanya daripadaNya Tuhan yang Maha Berkuasa, bukan meminta pertolongan dengan makhluk atau kuasa lain.
  3. Pengakuan diri sebagai insan yang lemah dan kerdil. Sehebat mana manusia sekalipun tetapi segala pertolongan meminta dengan Allah Taala.
  4. Sombongnya seorang hamba yang malas beribadat tetapi apabila menghendaki sesuatu tergopoh-gapah minta diperkenankan.

No comments: