Hingga Ke Syurga ... Insya Allah

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, June 19, 2011

Iktibar Dari Ribut: Jangan Cepat Mendabik Dada

الحمد لله رب العلمين، نحمده و نستعينه ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور انفسنا ومن سيأت اعملنا، من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له، اشهد ان لا اله إلا الله، واشهد ان محمد عبده ورسوله.

أما بعد

kita semua masih dalam keadaan khabbe dan khanja dengan musibah ribut yang berlaku. sama-sama kita berlindung dari Allah moga musibah ribut itu bukanlah tanda murka Allah pada kite seme, namun sekadar Allah nok uji hamba-hamba Dia yang beriman.

tapi x salah kalu kita nok muhasabah diri kita dan keadaan sekeliling dengan peristiwa ribut yang melanda tu..

baru lagi orang tranung duk rai kejayaan berganda dalam sukan, menang piala FA, 3 kali berturut-turut johan sukma .. menang tempat ke-3 tilawah al-Quran peringkat kebangsaan lalu tubik slogan Teganu Nelang, Skuad Hanelang dan sebagainya yang menggambarkan betapa bangga dan gah serta gong nye pencapaian orang teranung lening

2-3 hari masuk surat kabor nok royat beri orang tranung menang bola nge menang sukan .. banyok mana khajaang perabih pitih nok rai hok menang, bahgian bola saje, sorang dapat 10 ribu, pahtu makang angin gi eropah, padehal khajaang klantang hok kaloh pong, tok guru wi pakej umrah se sorang, napok sangat beza pentadbiran Islam dengan sekular ..


hok sukma pulok setiap orang hok bulih pingat mas bulih pitih beribu-ribu ... kaya nye khajaang tranung bowoh pimpinan abang mat ..

selang 3-4 hari lepas tu, dengan bangganye isytihar lagi yang orang tranung menang keseluruhan tilawah al-quran peringkat kebangsaan, walaupun dua-dua wakil negeri kita menang tempat ke-3 jer .. (mizi, ambe pinjam gambor deme deh, wat cotoh jer ning, x dok maksud nape2 pung, ambe tupang bangga gok deme menang tpt ke-3 baru2 ning)

koho rasa nelang blake, banyaklah komen-komen dalam fesbuk abang mat yang puji kejayaan pentadbiran abang mat .. macam-macam pujian, bangga dan paling penting tranung nelang, nelang, nelang ...

tiba-tiba Allah beri musibah dengan hantar angin ribut ...

brase nelang ngat belaka... ambik nih sikit Allah nok tunjuk, sape nelang? sape gong? jadi sama-sama kita muhasabah diri kita, tengok keadaan sekeliling, bakpe Allah nak tegur kita, sebab kita rasa kita nelang, tapi kita lupa pada yang Maha Nelang (Al-Jabbar dan Al-Mutakabbir)

sama-sama kita ingat firman Allah:

وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَّا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنكُمْ خَاصَّةً ۖ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum) dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.

kita berasa kita berada di pihak yang betul, tapi dengan sebab kelalaian orang lain, maka kita sama-sama merasa musibah yang Allah hantar .. nauzubillah

se lagi, kita mohon pada Allah, jauhkan kita daripada segala bala dan mala petaka, mintak jauh dari ribut kaum Aad, macam yang Allah kabor ke kita

وَأَمَّا عَادٌ فَأُهْلِكُوا بِرِيحٍ صَرْصَرٍ عَاتِيَةٍ
Adapun Aad (kaum Nabi Hud), maka mereka telah dibinasakan dengan angin ribut yang kencang, yang melampau kencangnya,

nauzubillah min zaalik .. sama-sama kita renung-renungkan, moga kita beroleh manfaat dari setiap tanda dan pengajaran yang Allah tunjuk pada kita. Moga ahli keluarga tabah dan sabar dengan musibah ribut ni, Allah akan membalas kesabaran hamba-Nya dengan pahala yang berlipat kali ganda

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar; (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayatNya. (2:155-157)

Wallahu a'lam

Wednesday, June 8, 2011

Snapshot Tunang

Alhamdulillah, selesai sudah majlis tunang ... hurmmmmm x tau nak post ape actually, hope everything will go smoothly as planned insyaAllah ..

abang P saje lah letak sikit gambar kat blog ni for a snapshot .. dah lama sangat x update blog huhuhuhu :)







moga pertunangan ini berkekalan ke gerbang perkahwinan, moga jodoh kami diberkati Allah .. amin