Hingga Ke Syurga ... Insya Allah

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, June 15, 2013

Pisang

Bismillah



Tajuk macam simple, tapi ramai yang tak sedar buah ni disebut dalam Al-Quran, sebagai salah satu hidangan ahli syurga. Tak dapat nak nafi sama sekali bila buah tersebut di sebut dalam Quran, maka khasiat yang sangat banyak mesti ada pada buah tersebut. Especially buah-buahan untuk ahli syurga. Memanglah pisang di syurga sejuta kali lebih sempurna dan lebih lazat, tapi tak dapat tidak, khasiat pisang di dunia untuk manfaat kita semua memang banyak Allah jadikan.

ni antara khasiat pisang, copy paste from http://ezany-kun.com/khasiat-pisang/

SEMBELIT
Buah pisang dikatakan makanan paling mujarab bagi penyakit sembelit.
TEKANAN DARAH
Bagi penghidap darah tinggi, elok memakan buah pisang. Ia mengandungi ‘potassium‘ tinggi yang amat berguna bagi mereka yang melakukan diet rendah garam.
SEIMBANGKAN FUNGSI JANTUNG
‘Cilium‘ pada pisang berfungsi menjaga keseimbangan air tubuh, kenormalan tekanan darah, fungsi jantung dan kerja otot.
REDAKAN TEKANAN
Protein ‘trypotophan‘, sejenis protein yang dapat diubah oleh tubuh menjadi ‘serotonin‘ yang dimiliki oleh pisang, mampu membuat perasaan seseorang menjadi lebih tenang dan bahagia. ‘Potassium‘ pula mampu membuat denyutan jantung menjadi lebih stabil sehingga oksigen yang mengalir ke otak tetap stabil.
KURANGKAN RASA MUAL
Ibu hamil yang sering mual di pagi hari elok memakan pisang. Kandungan gula semula jadi yang tinggi terdapat pada pisang boleh mempertahankan kadar gula dalam darah sehingga mengurangi rasa mual.
KULIT PISANG
PARUT luka atau jerawat amat buruk, lebih-lebih lagi apabila parut hitam. Tidak kira pa jenis, asalkan hitam (termasuk parut campak) ambil kulit pisang emas dan sapukan padanya. Lakukan setiap hari hingga kesan itu hilang. Insya-Allah, hasilnya memuaskan. Selain itu, kulit menjadi licin jika anda rajin mengamalkannya.
ANTARA PENAWAR PENYAKIT MELALUI PISANG
Darah tinggi dan strok – pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.
Kolestrol – pisang rendah dari segi kalori lemak, sodium yang membantu merendah kolestrol.
Cirit-birit – potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.
Anaemia – anaemia ialah penyakit kurang darah. Kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.
Kemurungan – orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.
Pening-pening – cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap pula.
AWAS : Sungguhpun pisang baik untuk kesihatan dan membantu merawat penyakit tertentu, ia bagaimanapun tidak sesuai bagi pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi. Terdapat 25 gram gula setiap 126 gram pisang (19.85%)
Berbalik dalam Quran, pisang disebut dalam surah al-Waqiah, ayat 29. Firman Allah:
"Berada di antara pohon bidara yang tidak berduri, dan pohon-pohon pisang yang bersusun-susun (buahnya), dan naungan yang terbentang luas, dan air yang tercurah, dan buah-buahan yang banyak, yang tidak berhenti (buahnya) dan tidak terlarang mengambilnya." (al-Waaqi'ah [56]: 28-33)
Mana-mana yang bermanfaat dari artikel ni, sama-sama kita amalkan insya Allah

Tuesday, June 4, 2013

Quran Digital: Hati-hati, Jangan Tersalah Baca

Bismillah

Hari ni abang P nak kongsi sikit tentang pengalaman sendiri menggunakan Quran Digital Pen yang abah beli lama dulu. Mungkin secara tak sengaja berlaku sedikit kesilapan teknikal pada pen digital tersebut. 


Kesilapan yang dikesan pada surah Maryam (maklumlah isteri sedang hamil, maka nya nak amal lah surah-surah ibu mengandung hehehe) bagi bacaan Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais, ayat pertama كهيعص dibaca dengan ayat lain. Kemudian ayat 10-12 surah tersebut di baca dengan ayat lain yang tertukar suaranya daripada suara Sheikh Sudais dengan Qari lain (x ingat nama qari tersebut).

Bagi mereka yang menggunakan Quran Pen Digital ni, yang 100% berpandukan pada pen tersebut, agak bahaya dikhuatiri kesalahan pada bacaan tersebut mempengaruhi bacaan Quran itu sendiri. Jadi perlulah berhati-hati. Jalan yang terbaik mengaji Quran dengan cara berguru, bukannya berguru dengan pen semata-mata.

Mungkin posting yang akan datang abang P boleh tunjukkan secara detail, kesalahan ayat yang bertukar tersebut, lengkap dengan versi Quran Pen Digital yang mana yang mengandungi kesalahan tu. Wallahu a'lam.

Monday, June 3, 2013

Rahmat dan Nikmat

Bismillah

Alhamdulillah, dapat perkhabaran gembira CT hamil. Terasa begitu besar rahmat dan nikmat kurniaan Allah s.w.t. kepada kami. Doa kami panjatkan agar Allah permudahkan segala urusan, memberikan kesihatan berpanjangan kepada CT untuk menempuh tempoh kehamilan ini dengan baik. Insya Allah. Amin.

Hari ni masih lagi dalam trimester pertama kehamilan (baru masuk minggu ke-5) , semua maklum CT pernah mengalami keguguran sebelum ni. jadi abang P harap kali ni CT betul-betul dapatkan rehat yang cukup , tidak terlalu aktif di peringkat awal kehamilan ni, dan tak banyak buat aktiviti yang memenatkan. Harap semua pihak dapat beri sokongan dan dorongan kepada kami insya Allah.



Moga-moga dengan kehadiran anggota baru ini memberi seribu keberkatan pada keluarga ini. insya Allah. Amin.