Hingga Ke Syurga ... Insya Allah

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, September 18, 2014

Tafsir Surah Al-Fiil

Bismillah

Lama tak jenguk blog yang bersawang ni. Macam biasa nak kongsi link, kali ni banyak sikit link yang nak kongsi;

Yang pertama: Tafsiran ringkas surah al-Fiil. (click)

second: Kisah runtuhnya Kaabah di akhir zaman (click) dan (click)

Tafsiran yang diberi dalam link tu agak detail, alhamdulillah .... dua link tentang kisah runtuhnya Kaabah di akhir zaman sebagai rentetan tafsir al-fiil, kisah bagaimana nanti Kaabah akan diruntuhkan dengan sebenar-benarnya di akhir zaman sebagai tanda besar berlakunya Kiamat.

Moga menjadi manfaat pada kita semua. Selamat membaca :)


Thursday, August 14, 2014

Tafsir Surah Al-Maa'un

Bismillah

Ingin berkongsi link Tafsir Surah Al-Maa'un, kupasan yang menarik daripada Al-Fadhil Ustaz Dr Zahazan Mohamed. Boleh click link untuk mendengar. Jazaakallah Khairan Kathira.


Monday, August 4, 2014

Aidilfitri 2014

Bismillah

Berbulan-bulan blog ni tak terusik ... bersilih ganti musim, tiba-tiba kita dah menyambut aidilfitri ... sepanjang tempoh yang tak terusik tu, banyak perkara yang berlaku, tragedi pesawat MH370 dan MH17, kebejatan Israel laknatullah terhadap saudara Islam di bumi Palestin, dan macam-macam lagi ....

Masuk bulan Syawal ni, seharusnya kita meneruskan kesungguhan ibadat kepada Allah s.w.t. setelah berjaya melalui pentarbiahan Ramadan. Tadarrus dan tadabbur al-Quran, memahami setiap isi kandungannya, cuba seboleh mungkin untuk menjalani kehidupan berlandaskan setiap apa yang terkandung di dalamnya. Insya Allah.

Posting kali ni, lebih pada muhasabah diri sendiri, agar sentiasa meneruskan kelangsungan ibadat sepanjang Ramadan yang lalu ... sama-sama agar kita menjadi insan yang bertaqwa kepada Allah.

Insya Allah, akan ada perkongsian lagi lepas ni ...

Salam Aidil Fitri, Taqabbalallahu minna waminkum taqabbal ya karim

Wassalam

Saturday, April 12, 2014

Lima Perkara

Bismillah



Tazkirah untuk diri sendiri, agar lebih memanfaatkan setiap peluang yang Allah s.w.t. berikan pada kita semua, mensyukuri segala nikmat yang diberi oleh-Nya

Moga memberi manfaat pada kita semua insya Allah

Tuesday, March 18, 2014

The Journey Continues ...

Bismillah



3 bulan blog terbiar ... banyak benda yang berlaku sekadar tercatat dalam memori tanpa diabadikan dalam blog ni. Memandangkan fungsi blog ni pun dah bertukar, daripada perkongsian cerita-cerita peribadi kepada perkongsian umum. Bila dah jadi blog perkongsian umum, maka banyak bahan yang perlu dicari, dibaca, dicerna, disadur, dan macam-macam lagi sebelum boleh dikeluarkan dalam blog ni.

Tahun 2013 berlalu dengan bermacam memori, paling manis bila CT disahkan hamil, namun dengan pelbagai pengalaman suka duka, kami ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang banyak memberi sokongan pada kami berdua.

Masuk tahun 2014, dengan kehadiran orang baru dalam keluarga ini, menambahkan lagi kegembiraan dalam hati, moga zuriat yang lahir ini menjadi zuriat yang soleh, penyejuk mata, pendamai jiwa pada kita semua sekeluarga.

Menyambung perjalan saki baki umur kurniaan Allah s.w.t., diharapkan setiap perjalanan umur ini diberkati dan diredhai-Nya . amin