Bismillah
Setela sekian lama tidak menulis, insyaAllah selepas ini, akan konsisten dengan nota-nota tajwid secara ringkas .. biiznillah, moga Allah permudahkan, dan mogamendapat manfaat kepada smua. Amin ...
(Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas) ,, moga memberi manfaat kepada semua, boleh share, dan terbuka untuk sebarang penambahbaikan.
Thursday, April 14, 2016
Sunday, April 5, 2015
Malas ..
Bismillah ...
Lama tak on laptop mini hp yang beli pada akhir tahun 2011 ni ... bila dibele-belek, rupanya ada satu blog yang tak terusik sejak bulan September tahun lepas. Banyak faktor yang buatkan blog ni tak terusik, urus lebih dari satu blog, kekangan masa, tapi yang paling parah adalah malas.
Malas adalah satu tragedi kepada setiap manusia, malas membaca, malas menulis, malas mengisi ruang waktu dengan ilmu, malas itu, malas ini ...
Rasulullah s.a.w. pernah mengajar doa kepada sahabat baginda, agar dihindarkan dengan sifat malas ini.
Moga-moga kita semua dihindarkan dari segala sifat kemalasan, rugi amal dunia, rugi pahala akhirat, nauzubillah
Thursday, September 18, 2014
Tafsir Surah Al-Fiil
Bismillah
Lama tak jenguk blog yang bersawang ni. Macam biasa nak kongsi link, kali ni banyak sikit link yang nak kongsi;
Yang pertama: Tafsiran ringkas surah al-Fiil. (click)
Tafsiran yang diberi dalam link tu agak detail, alhamdulillah .... dua link tentang kisah runtuhnya Kaabah di akhir zaman sebagai rentetan tafsir al-fiil, kisah bagaimana nanti Kaabah akan diruntuhkan dengan sebenar-benarnya di akhir zaman sebagai tanda besar berlakunya Kiamat.
Moga menjadi manfaat pada kita semua. Selamat membaca :)
Thursday, August 14, 2014
Tafsir Surah Al-Maa'un
Bismillah
Ingin berkongsi link Tafsir Surah Al-Maa'un, kupasan yang menarik daripada Al-Fadhil Ustaz Dr Zahazan Mohamed. Boleh click link untuk mendengar. Jazaakallah Khairan Kathira.
Monday, August 4, 2014
Aidilfitri 2014
Bismillah
Berbulan-bulan blog ni tak terusik ... bersilih ganti musim, tiba-tiba kita dah menyambut aidilfitri ... sepanjang tempoh yang tak terusik tu, banyak perkara yang berlaku, tragedi pesawat MH370 dan MH17, kebejatan Israel laknatullah terhadap saudara Islam di bumi Palestin, dan macam-macam lagi ....
Masuk bulan Syawal ni, seharusnya kita meneruskan kesungguhan ibadat kepada Allah s.w.t. setelah berjaya melalui pentarbiahan Ramadan. Tadarrus dan tadabbur al-Quran, memahami setiap isi kandungannya, cuba seboleh mungkin untuk menjalani kehidupan berlandaskan setiap apa yang terkandung di dalamnya. Insya Allah.
Posting kali ni, lebih pada muhasabah diri sendiri, agar sentiasa meneruskan kelangsungan ibadat sepanjang Ramadan yang lalu ... sama-sama agar kita menjadi insan yang bertaqwa kepada Allah.
Insya Allah, akan ada perkongsian lagi lepas ni ...
Salam Aidil Fitri, Taqabbalallahu minna waminkum taqabbal ya karim
Wassalam
Masuk bulan Syawal ni, seharusnya kita meneruskan kesungguhan ibadat kepada Allah s.w.t. setelah berjaya melalui pentarbiahan Ramadan. Tadarrus dan tadabbur al-Quran, memahami setiap isi kandungannya, cuba seboleh mungkin untuk menjalani kehidupan berlandaskan setiap apa yang terkandung di dalamnya. Insya Allah.
Posting kali ni, lebih pada muhasabah diri sendiri, agar sentiasa meneruskan kelangsungan ibadat sepanjang Ramadan yang lalu ... sama-sama agar kita menjadi insan yang bertaqwa kepada Allah.
Insya Allah, akan ada perkongsian lagi lepas ni ...
Salam Aidil Fitri, Taqabbalallahu minna waminkum taqabbal ya karim
Wassalam
Saturday, April 12, 2014
Lima Perkara
Bismillah
Tazkirah untuk diri sendiri, agar lebih memanfaatkan setiap peluang yang Allah s.w.t. berikan pada kita semua, mensyukuri segala nikmat yang diberi oleh-Nya
Moga memberi manfaat pada kita semua insya Allah
Moga memberi manfaat pada kita semua insya Allah
Tuesday, March 18, 2014
The Journey Continues ...
Bismillah
3 bulan blog terbiar ... banyak benda yang berlaku sekadar tercatat dalam memori tanpa diabadikan dalam blog ni. Memandangkan fungsi blog ni pun dah bertukar, daripada perkongsian cerita-cerita peribadi kepada perkongsian umum. Bila dah jadi blog perkongsian umum, maka banyak bahan yang perlu dicari, dibaca, dicerna, disadur, dan macam-macam lagi sebelum boleh dikeluarkan dalam blog ni.
Tahun 2013 berlalu dengan bermacam memori, paling manis bila CT disahkan hamil, namun dengan pelbagai pengalaman suka duka, kami ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang banyak memberi sokongan pada kami berdua.
Masuk tahun 2014, dengan kehadiran orang baru dalam keluarga ini, menambahkan lagi kegembiraan dalam hati, moga zuriat yang lahir ini menjadi zuriat yang soleh, penyejuk mata, pendamai jiwa pada kita semua sekeluarga.
Menyambung perjalan saki baki umur kurniaan Allah s.w.t., diharapkan setiap perjalanan umur ini diberkati dan diredhai-Nya . amin
Subscribe to:
Posts (Atom)





