Hingga Ke Syurga ... Insya Allah

Daisypath Anniversary tickers

Monday, February 18, 2013

Disiplin, Itu Yang Penting

Bismillah

Salam, lihatlah blog berkulat ni ... tanpa sebarang update, tanpa posting terkini, padahal banyak bahan yang boleh dikongsi bersama ... tapi sebab kurangnya disiplin dalam diri, maka blog bersawang tanpa sebarang isi ...

asal niat nak tulis blog sebab nak update cerita untuk abah dan mama .. maklumlah masa tu merantau jauh .. sekarang dah duk depan mata, kalau nak cerita pon boleh cakap direct tak yah tulis blog panjang-panjang ...

lepas tu terjadi satu tragedy kat blog ni bila semua gambar-gambar yang dah di post hilang .. semuanya salah google account dan picasa web page sebab link kan gambar blog ke hp. bila delete gambar dari hp, gambar dalam blog semua hilang ... dan sampai sekarang gambar2 kenangan dalam posting yang lepas x dapat dikembalikan :'(

alhamdulillah dapat sedikit mood baru untuk menulis hari ni

mungkin agak panjang (campur dengan mukaddimah kat atas tu yang merapu meraban)

sekarang tengah gigih hafal Ruqyah Asas Pertama, maklumlah nak jadi pengamal perubatan Islam ... (nak guna istilah bomoh macam tak sesuai) 



sejak daftar dengan Darus Syifa', alhamdulillah hari ni dah berjaya hafal 7 daripada 10 ruqyah asas. alhamdulillah jugak sebab banyak ayat-ayat ruqyah memang dah ada dalam hafalan sejak dulu lagi ... tinggal lagi nak lancarkan semula ayat-ayat yang jarang-jarang ulang ... dan hafal mana-mana doa yang bukan daripada ayat Quran.

mohon Allah mudahkan segala urusan ... amin

lagi tambah semangat nak hafal bila tengok student2 sendiri gigih hafal Quran, boleh pinjam zouq (semangat) mereka untuk hafal ruqyah, hehehe ... yang paling penting semangat paling kuat daripada CT yang tercinta .. mmmuahhhhhhhhh 

sambil-sambil hafal ruqyah, sempat jugak belek buku Rawatan Penyakit Jasmani, sebagai tambahan pemahaman hafalan2 ruqyah tu.


ok lah ... berenti kat sini dulu .. next time cerita lagi

wassalam






Wednesday, November 14, 2012

Salam Maal Hijrah 1434

Bismillah ...

Mood untuk ber-blog agak menurun memandangkan saya ada masalah dengan picasa web ... lihatlah gambar-gambar yang saya posting kat bawah, semua terpadam ... sangatlah sakit hati, sampai posting cerita pergi Vietnam terpaksa di tangguh 

MySpace

ape-ape pun, dikesempatan ini, saya ucapkan selamat menyambut awal muharram kepada semua 

1 Muharram juga merupakan ulangtahun pemergian nenek (Che Jarah) .. moga rohnya dikalangan para solehin, amin


Monday, November 12, 2012

Permata

Bismillah ...

Dari Allah kita datang, kepada-Nya kita akan kembali.... tribute posting kali ni untuk baby Yasmin n Rizal, moga dia menjadi kunci kalian berdua ke syurga ... amin ..




Thursday, November 8, 2012

Notes From Vietnam (pt 6)

Bismillah ...

lepas makan di restoran shamsuddin halal food, kami terus bergerak ke Cu Chi Tunnels ... kesan peninggalan perang Vietnam tahun 60-70 an dulu ...

jakun nak masuk tempat orang perang ...








tak tahu nak ulas panjang-panjang ... boleh baca sejarah tentang Cu Chi Tunnels ni di Wikipedia... agak seronok menghayati kisah perang komunis, alhamdulillah, negara kita aman daripada sebarang anasir-anasir komunis ...





Cikgu Ali dan Cikgu Ali (dua-dua nama Ali) bergambar bersama tentera Viet Cong .. hehehe











Sandal maker, mereka masih pakai sandal yang dibuat masa zaman perang dulu


lepas penat-penat pusing dalam kawasan perang, makan ubi kayu ... cicah gula/lada hitam

Masa lawatan kat sini, hari yang ke 3 kami di Vietnam (Selasa) ... but this is not the last place we visit, after checked in at Ngan Ha Hotel near Ben Thanh, we went to Ben Thanh Market. I'll update the story soon ...

MySpace

Wednesday, November 7, 2012

Notes From Vietnam (pt 5)

Bismillah ...

Perjalanan yang sangat memenatkan dari An Giang Province ke Ho Chi Minh, maklumlah bermalam dalam van, sakit-sakit badan kami semua ... kami tiba di pinggiran Sungai Mekong seawal 4 pagi ... belum masuk waktu subuh .. plan asalnya ingin melawat pasar terapung ... tapi kerana masih terlalu awal, our tourist guide suggest us to have the famous Vietnam's Coffee to start our day.



Kopi Vietnam kaw, sangat lazat ... tak puas minum segelas kecil ni ... nak tambah lagi tapi rasa malu hihihihi

Ayah Da subuh-subuh hari dah pekena kopi ais :)




perjalanan seawal subuh, melawat pasar di Sungai Mekong







Macam-macam ada kat pasar ni, sebut aje, dari ikan hidup, ikan mati, itik hidup, itik mati, ayam, daging lembu, daging khinzir, buah-buah, hatta ular pun ada jual kat pasar ni .... MACAM MACAM ADAAAAA




we enjoyed the sun rise at Mekong River



lepas meninjau pasar di Sungai Mekong, melawat bee farm kat tepi sungai. Minum madu lebah yang diambil fresh from their bee hives.




memberanikan diri pegang sarang lebah, lebah jinak, tak sengat orang :)


tukar sikit duit dengan Ust Man untuk shopping souvenirs, as their currency notes besar-besar, merasalah jadi jutaan sekejap kat Vietnam ni hehehehe....





After our visit to Mekong River, we went to Cu Chi Tunnels, tempat persembunyian tentera Viet Cong masa zaman perang Vietnam dulu ... but before that we had our lunch at this restaurant, Shamsuddin Halal Food. The food was nice, tapi tak ambil gambar sebab lapar sangat hehehe



lepas ni sambung lagi cerita pasal lawatan kami kat Cu Chi Tunnels 

MySpace