Hingga Ke Syurga ... Insya Allah

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 18, 2014

The Journey Continues ...

Bismillah



3 bulan blog terbiar ... banyak benda yang berlaku sekadar tercatat dalam memori tanpa diabadikan dalam blog ni. Memandangkan fungsi blog ni pun dah bertukar, daripada perkongsian cerita-cerita peribadi kepada perkongsian umum. Bila dah jadi blog perkongsian umum, maka banyak bahan yang perlu dicari, dibaca, dicerna, disadur, dan macam-macam lagi sebelum boleh dikeluarkan dalam blog ni.

Tahun 2013 berlalu dengan bermacam memori, paling manis bila CT disahkan hamil, namun dengan pelbagai pengalaman suka duka, kami ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang banyak memberi sokongan pada kami berdua.

Masuk tahun 2014, dengan kehadiran orang baru dalam keluarga ini, menambahkan lagi kegembiraan dalam hati, moga zuriat yang lahir ini menjadi zuriat yang soleh, penyejuk mata, pendamai jiwa pada kita semua sekeluarga.

Menyambung perjalan saki baki umur kurniaan Allah s.w.t., diharapkan setiap perjalanan umur ini diberkati dan diredhai-Nya . amin

Sunday, December 8, 2013

Minuman Ahli Syurga Untuk Penduduk Dunia

Bismillah



Tajuk macam panjang je, isi macam gempak je... perkongsian kali ni abang P bawakan firman Allah dalam surah al-Insaan, ayat 17.


Dan mereka dalam Syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari "Zanjabil" (halia)

Betapa rahmatnya Allah pada setiap makhluk-Nya, Allah turunkan sejenis tumbuhan bernama halia di bumi, agar menjadi manfaat pada setiap makhluk-Nya, sedangkan di akhirat kelak, minuman yang dicampur halia ini hanyalah khusus untuk penghuni syurga sahaja. Dan sudah pasti halia (zanjabil) di syurga jutaan kali lebih baik dan lebih lazat berbanding halia di bumi ini.

Kalau nak list satu persatu memang x tertulis la tentang khasiat-khasiat halia. Subhanallah yang menciptakan halia sedemikian rupa.

Kalau rajin, bleh click link-link di bawah untuk baca tentang khasiat halia:

semoga memberi manfaat pada semua.

Wassalam

Thursday, October 24, 2013

Kongsi Perkongsian Berkongsi

Bismillah

Sedikit perkongsian ilmu, moga menjadi manfaat semua. Sebagai pembuka penulisan hilangkan segala sawang-sawang yang ada dalam blog ni :)

Ilmu yang ingin dikongsi: Tentang bacaan surah al-Fatihah. Sila rajinkan diri anda untuk klik link yang diberi (click here) Credit to al-Fadhil Ust Firdaos Mohd Rawi Al-Hafiz yang begitu rajin buat artikel tentang surah ni. Doakan agar saya mendapat kerajinan seperti beliau, terutamanya untuk update blog ni hehehe.



Cuma sedikit tambahan mungkin kerana beliau telah menulis terlalu panjang mengupas masalah tajwid dalam surah tu, kat sini kita tambah sikit apa yang tak terdapat dalam artikel beliau. Iaitu HARUS membaca isymam (memuncungkan bibir ketika waqaf pada kalimah نستعين ) keharusan ni adalah untuk semua qiraat, bukan khusus pada qiraat yang kita baca sahaja (Hafs) 

Kalau tak isymam? 

Harus, so maknanya tak salah kalau tak isymam cuma kaedah bacaan tidak tepat.

Wallahu a'lam :)

(moga lepas ni kita semua baca fatihah dengan tepat, doakan saya rajin2 update blog ye :D)

Friday, August 23, 2013

Setepek Kena Atas Muka

Bismillah

macam biasa, muqaddimahnya - LAMA TAK UPDATE BLOG 

busy-lah sangat kononnya, sedangkan banyak manfaat ilmu yang boleh dikongsi dalam blog ni. Dunia canggih manggih sekarang ni, banyak update di facebook, maka blog terabai macam tu je.

idea perkongsian ilmu tajwid dalam blog ni masih lagi terbengkalai. Entah bila nak dimula pon wallahu a'lam. Padahal Allah nak bagi pahala mudah, tu pun x buat-buat lagi. Allahu rabbi.

Susah sungguh nak istiqamah. Malas membaca, malas menulis. serba serbi malas, satu tragedi sedih dalam kehidupan. Terbaca dalam facebook Hilal Asyraf:


apa yang dia tulis ni setepek kena atas muka sendiri. Nak istiqomah tu perlukan mujahadah yang tinggi. kalau tak update blog tiap-tiap hari pun, seminggu sekali pon 'padang doh' 

mohon doa pada Allah agar diistiqamahkan hati untuk buat amal yang baik, share benda yang baik dalam blog ni. Amin.

Jumaat tadi macam biasa solat di Masjid Jame' Pengadang Baru. Khatib Ust Riduan Mohd Nor, ketua penerangan pemuda PAS pusat. Isi khutbah tentang perang Ahzab, dan isu Mesir. memang sangat berkesan, menyentuh hati dan perasaan. 

Moga Allah berikan kemenangan kepada perjuangan Islam. Amin

Tuesday, July 9, 2013

Salam Ramadhan 1434 H

Bismillah



Diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dari Salman Radhiallahu'anhu, katanya:

Rasulullah Sallallahu'alaihi Wasallam berkhutbah di hadapan kami pada hari terakhir daripada bulan Sya'ban.

Beliau bersabda: "Wahai manusia, sesungguhnya kamu dinaungi oleh bulan yang sentiasa besar lagi penuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah telah menjadikan puasa-Nya suatu fardhu dan qiyam di malam harinya suatu tatawwu' (sunat).

Barangsiapa mendekatkan dirinya kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan suatu fardhu di bulan yang lain dan barangsiapa yang menunaikan suatu fardhu di dalam bulan Ramadhan maka samalah dia dengan orang yang mengerjakan 70 fardhu di bulan yang lain.

Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedang sabar itu pahalanya adalah syurga. 

Ramadhan itu adalah bulan memberikan pertolongan dan bulan Allah memberi rezeki kepada para mukmin di dalamnya. 

Barangsiapa memberi makanan berbuka di dalamnya kepada seseorang yang berpuasa, adalah yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dia dari neraka.

Orang yang memberikan makanan berbuka puasa, baginya pahala seperti pahala orang yang mengerjakan puasa itu, tanpa dikurangkan sedikitpun."

Para Sahabat berkata: "Ya Rasulullah, tidaklah kami semua memiliki makanan berbuka puasa itu untuk orang yang berpuasa?"

Maka bersabda Nabi Sallallahu'alaihi Wasallam: "Allah memberikan pahala itu kepada orang yang memberikan sebutir kurma, atau seteguk air, atau sehirup susu. 

Dialah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya keampunan dan pengakhirannya merdeka dari api neraka. 

Barangsiapa meringankan beban daripada hamba sahaya (pembantu-pembantu rumah), nescaya Allah akan mengampuni dosanya dan memerdekakannya daripada api neraka.

Oleh itu perbanyakkanlah empat perkara di dalam bulan Ramadhan. 

Dua perkara untuk menyenangkan Tuhanmu dan dua perkara lagi untuk kamu sangat menghajatinya. 

Dua perkara yang kamu lakukan untuk menyenangkan Allah ialah mengakui dengan sesungguhnya bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan memohon keampunan kepada-Nya.

Dua perkara lagi yang kamu sangat memerlukannya ialah memohon syurga dan berlindung daripada neraka.

Barangsiapa yang memberi minum kepada orang yang berpuasa, nescaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam itu dengan suatu minuman yang dia tiada merasakan dahaga lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam syurga"

(At-Targhib, jld.II, 217-218)

Wallahu A'alam...

Credit to: P-125 Putrajaya

Friday, July 5, 2013

Masa Yang Berlalu

Bismillah

cepat sungguh masa berlalu, CT dah 9 minggu hamil, alhamdulillah, walaupun sakit-sakit, disahkan dapat kencing kotor, tapi Dr. cakap kandungan sihat. Alhamdulillah.

last thursday lepas mama and abah pegi KL, tiba-tiba suhu badan dia naik, demam sampai tak boleh bangun,  alhamdulillah by mid night semuanya kembali normal lepas muntah-muntah dengan banyak.

harap-harap lepas habis trimester pertama ni semuanya akan jadi lebih baik. amin.


kawan-kawan dekat facebook ramai yang request suruh upload gambar kereta baru ... tapi seganlah, ni pun amik gambar google kat internet jer hehehe ...

alhamdulillah rezeki anak dalam perut CT, merasa la drive kereta baru. Syukur ya Allah.

cume nye reverse sensor tu bunyi slow sangat .. kadang-kadang x bunyi langsung ... nok gi hantar balik kat eon, tapi x dok masa lagi.. huhuhuhu

Saturday, June 15, 2013

Pisang

Bismillah



Tajuk macam simple, tapi ramai yang tak sedar buah ni disebut dalam Al-Quran, sebagai salah satu hidangan ahli syurga. Tak dapat nak nafi sama sekali bila buah tersebut di sebut dalam Quran, maka khasiat yang sangat banyak mesti ada pada buah tersebut. Especially buah-buahan untuk ahli syurga. Memanglah pisang di syurga sejuta kali lebih sempurna dan lebih lazat, tapi tak dapat tidak, khasiat pisang di dunia untuk manfaat kita semua memang banyak Allah jadikan.

ni antara khasiat pisang, copy paste from http://ezany-kun.com/khasiat-pisang/

SEMBELIT
Buah pisang dikatakan makanan paling mujarab bagi penyakit sembelit.
TEKANAN DARAH
Bagi penghidap darah tinggi, elok memakan buah pisang. Ia mengandungi ‘potassium‘ tinggi yang amat berguna bagi mereka yang melakukan diet rendah garam.
SEIMBANGKAN FUNGSI JANTUNG
‘Cilium‘ pada pisang berfungsi menjaga keseimbangan air tubuh, kenormalan tekanan darah, fungsi jantung dan kerja otot.
REDAKAN TEKANAN
Protein ‘trypotophan‘, sejenis protein yang dapat diubah oleh tubuh menjadi ‘serotonin‘ yang dimiliki oleh pisang, mampu membuat perasaan seseorang menjadi lebih tenang dan bahagia. ‘Potassium‘ pula mampu membuat denyutan jantung menjadi lebih stabil sehingga oksigen yang mengalir ke otak tetap stabil.
KURANGKAN RASA MUAL
Ibu hamil yang sering mual di pagi hari elok memakan pisang. Kandungan gula semula jadi yang tinggi terdapat pada pisang boleh mempertahankan kadar gula dalam darah sehingga mengurangi rasa mual.
KULIT PISANG
PARUT luka atau jerawat amat buruk, lebih-lebih lagi apabila parut hitam. Tidak kira pa jenis, asalkan hitam (termasuk parut campak) ambil kulit pisang emas dan sapukan padanya. Lakukan setiap hari hingga kesan itu hilang. Insya-Allah, hasilnya memuaskan. Selain itu, kulit menjadi licin jika anda rajin mengamalkannya.
ANTARA PENAWAR PENYAKIT MELALUI PISANG
Darah tinggi dan strok – pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.
Kolestrol – pisang rendah dari segi kalori lemak, sodium yang membantu merendah kolestrol.
Cirit-birit – potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.
Anaemia – anaemia ialah penyakit kurang darah. Kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.
Kemurungan – orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.
Pening-pening – cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap pula.
AWAS : Sungguhpun pisang baik untuk kesihatan dan membantu merawat penyakit tertentu, ia bagaimanapun tidak sesuai bagi pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi. Terdapat 25 gram gula setiap 126 gram pisang (19.85%)
Berbalik dalam Quran, pisang disebut dalam surah al-Waqiah, ayat 29. Firman Allah:
"Berada di antara pohon bidara yang tidak berduri, dan pohon-pohon pisang yang bersusun-susun (buahnya), dan naungan yang terbentang luas, dan air yang tercurah, dan buah-buahan yang banyak, yang tidak berhenti (buahnya) dan tidak terlarang mengambilnya." (al-Waaqi'ah [56]: 28-33)
Mana-mana yang bermanfaat dari artikel ni, sama-sama kita amalkan insya Allah