Hingga Ke Syurga ... Insya Allah

Daisypath Anniversary tickers

Friday, November 20, 2009

Tafsir Al-Fatihah Bhg 3

Ayat Keenam

اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيم
Tunjukkan kami jalan yang lurus
.
  1. Berdoa memohon hidayah dan petunjuk Allah.
  2. Hanya Islam jalan yang lurus yang membawa kepada kebenaran dan kebahagiaan dunia dan akhirat.
  3. Ada pendapat memberi makna kedua sirat selain Islam ialah al-Quran. Al-Quran juga terkandung segala syariat Islam. Yang pentingnya menjadikan al-Quran sebagai panduan dalam merealisasikan syariat Islam.
  4. Minta jalan lurus, apabila ditunjuki jalan malas dan engkar pula nak ikut.
  5. Adab berdoa dengan Allah SWT. Sebelum memohon sesuatu hajat perlulah memuji-muji Allah dan mengabdikan diri kepada Nya dengan amal ibadah. Demikian doa lebih mustajab.
Ayat ketujuh

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan ni'mat ke atas
mereka bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan
pula jalan orang-orang yang sesat.

  1. Penjelasan tentang jalan yang terbaik untuk diikuti. Sudah tentu Islamlah jalan yang memberi ni’mat, seperti mana orang-orang terdahulu pernah mendapat ni’mat iaitu mereka di kalangan para nabi, siddiqiin (benar dalam beragama) syuhada’ dan orang-orang soleh.
  2. Ni’mat yang kekal abadi hanyalah di akhirat.
  3. Berlindung daripada jalan orang-orang yang Allah murkai iaitu yahudi dan jalan orang-orang yang sesat iaitu nasrani (kristian). Marah itu adalah sifat yahudi, sesat pula adalah sifat nasrani kerana menyeleweng daripada ajaran nabi Allah Isa a.s
  4. Petunjuk dalam mencari hidayah ke arah jalan yang benar dan menjauhkan diri daripada golongan yang menyeleweng daripada kebenaran.
  5. Tauladan daripada syariat Islam orang-orang yang terdahulu iaitu mereka yang taat kepada Allah diselamatkan manakala mereka yang engkar dibinasakan.
Ta’min
آمين
Perkenankanlah doa kami
  1. آمين bukanlah ayat al-Quran, ia adalah doa.
  2. Sunat menyebut amin di akhir surah fatihah kerana doa.

No comments: