Hingga Ke Syurga ... Insya Allah

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 4, 2013

Quran Digital: Hati-hati, Jangan Tersalah Baca

Bismillah

Hari ni abang P nak kongsi sikit tentang pengalaman sendiri menggunakan Quran Digital Pen yang abah beli lama dulu. Mungkin secara tak sengaja berlaku sedikit kesilapan teknikal pada pen digital tersebut. 


Kesilapan yang dikesan pada surah Maryam (maklumlah isteri sedang hamil, maka nya nak amal lah surah-surah ibu mengandung hehehe) bagi bacaan Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais, ayat pertama كهيعص dibaca dengan ayat lain. Kemudian ayat 10-12 surah tersebut di baca dengan ayat lain yang tertukar suaranya daripada suara Sheikh Sudais dengan Qari lain (x ingat nama qari tersebut).

Bagi mereka yang menggunakan Quran Pen Digital ni, yang 100% berpandukan pada pen tersebut, agak bahaya dikhuatiri kesalahan pada bacaan tersebut mempengaruhi bacaan Quran itu sendiri. Jadi perlulah berhati-hati. Jalan yang terbaik mengaji Quran dengan cara berguru, bukannya berguru dengan pen semata-mata.

Mungkin posting yang akan datang abang P boleh tunjukkan secara detail, kesalahan ayat yang bertukar tersebut, lengkap dengan versi Quran Pen Digital yang mana yang mengandungi kesalahan tu. Wallahu a'lam.

Monday, June 3, 2013

Rahmat dan Nikmat

Bismillah

Alhamdulillah, dapat perkhabaran gembira CT hamil. Terasa begitu besar rahmat dan nikmat kurniaan Allah s.w.t. kepada kami. Doa kami panjatkan agar Allah permudahkan segala urusan, memberikan kesihatan berpanjangan kepada CT untuk menempuh tempoh kehamilan ini dengan baik. Insya Allah. Amin.

Hari ni masih lagi dalam trimester pertama kehamilan (baru masuk minggu ke-5) , semua maklum CT pernah mengalami keguguran sebelum ni. jadi abang P harap kali ni CT betul-betul dapatkan rehat yang cukup , tidak terlalu aktif di peringkat awal kehamilan ni, dan tak banyak buat aktiviti yang memenatkan. Harap semua pihak dapat beri sokongan dan dorongan kepada kami insya Allah.



Moga-moga dengan kehadiran anggota baru ini memberi seribu keberkatan pada keluarga ini. insya Allah. Amin.

 


Sunday, May 26, 2013

Hospital dan Tidur

Bismillah

Mula nak update semula setelah beberapa hari ... last week admitted lagi, alhamdulillah dalam proses recovering, terpaksa la telan pil-pil yang pahit, macam makan nasi ...

Banyak ibrah dan pengajaran yang ada disekeliling yang boleh diambil, especially bila dah sakit-sakit macam ni. point paling penting, mensyukuri setiap nikmat yang ada. nikmat sihat, nikmat maktu lapang, nikmat hidup, yang paling besar nikmat Islam dan Iman.

bukanlah bermaksud hanya ingat semua itu ketika ditimpa sesuatu, tetapi kadang-kadang, sesuatu itu datang sebagai ingatan kepada yang alpa. alhamdulillah.

petang jumaat 24/5/2013 dah boleh discharge. alhamdulillah. pertama kali terpaksa miss kelas Darussyifa'. harap-harap lepas ni x ade ape-ape aral lagi. sayang sangat bila miss kelas tu.

kat rumah, rehat jer ... lepas isya' terus tidur ... tapi terjaga pukul satu pagi. pening-pening, mual, perut tak selesa ... macam orang mengandung bunyi nya .. hihihi

habis segala zikir yang ingat dibaca, pusing kiri, pusing kanan, pergi dapur, jadi tikus curi makanan ... susah sungguh nak lelap semula. kesian siti, dah balik rumah pun tidur terganggu sebab abang P tak leh tidur. last-last pukul 5 pagi baru dapat lelap semula ... tu pun terpaksa jugak bangun awal lepas solat Subuh sebab nak kena bersiap untuk baca doa selamat ... mamai

kat sini nak share doa kalau susah nak tidur malam

boleh cuba amalkan, insya Allah ... tapi tidur jangan sampai terlajak subuh sudah .. Nauzubillah...

ps: tulisan sungguh skema, konon-konon bercita-cita nak jadi penulis hebat macam Hilal Asyraf .. hehehehe ..  berangan


Tuesday, May 21, 2013

Menulis

Bismillah ...

lama tak menulis, rasa macam nak buat blog baru dan tulis benda baru start dari awal semula ... sebab banyak posting dalam blog ni gambarnya hilang dan tak dapat nak recover semula ... sedih.

tiap-tiap kali buat mukaddimah mesti nak ungkit pasal gambar-gambar yang hilang tu. bosan.

cuba mencari idea... buntu.



tapi alhamdulillah Allah tunjukkan sedikit jalan untuk menghidupkan kembali blog yang dah berhabuk ni .. dapat idea untuk share sedikit ilmu Quran. moga-moga dapat memberi manfaat kepada semua. amin

insya Allah update2 lepas ni akan berkisar perihal ilmu Quran, tajwid dan perkara yang berkaitan dengannya. moga Allah permudahkan segala urusan . amin

Monday, March 25, 2013

Recovering Bab (II)

Bismillah

Alhamdulillah abang P dan CT dah habis belajar buku rawatan penyakit jasmani siri yang pertama (jilid ke-2), lepas ni kelas pengajian kami akan jadi selang seminggu, bukan lagi tiap2 minggu seperti kebiasaan.

terperasan, dalam rumah ade 3 orang sedang sakit2, mama tengah lelah, abang P selsema teruk, CT demam ... mungkin kami berdua perlu lebihkan amalan pendinding agar seluruh ahli keluarga tak kene penyakit.

memang adat bagi pengamal perubatan Islam kena lebihkan amalan pendinding mohon Allah s.w.t. jauhi diri dan ahli keluarga dari sebarang musibah.

mungkin kita semua boleh sama-sama amalkan selawat ni, insya Allah




Wednesday, March 13, 2013

Recovering ...

Macam biasa, mencari mood untuk update blog, sambil tunggu pelajar tasmi', 

memang mood untuk update blog ni hancur lebur sebab gambar-gambar lama dalam blog ni hilang entah ke mana.. semuanya salah google account ngan picasa web page.

(macam dah berapa kali ulang ayat di atas)

mungkin sebab tak tahu ape nak update, boleh share sedikit benda yang bermanfaat :)


Monday, February 18, 2013

Disiplin, Itu Yang Penting

Bismillah

Salam, lihatlah blog berkulat ni ... tanpa sebarang update, tanpa posting terkini, padahal banyak bahan yang boleh dikongsi bersama ... tapi sebab kurangnya disiplin dalam diri, maka blog bersawang tanpa sebarang isi ...

asal niat nak tulis blog sebab nak update cerita untuk abah dan mama .. maklumlah masa tu merantau jauh .. sekarang dah duk depan mata, kalau nak cerita pon boleh cakap direct tak yah tulis blog panjang-panjang ...

lepas tu terjadi satu tragedy kat blog ni bila semua gambar-gambar yang dah di post hilang .. semuanya salah google account dan picasa web page sebab link kan gambar blog ke hp. bila delete gambar dari hp, gambar dalam blog semua hilang ... dan sampai sekarang gambar2 kenangan dalam posting yang lepas x dapat dikembalikan :'(

alhamdulillah dapat sedikit mood baru untuk menulis hari ni

mungkin agak panjang (campur dengan mukaddimah kat atas tu yang merapu meraban)

sekarang tengah gigih hafal Ruqyah Asas Pertama, maklumlah nak jadi pengamal perubatan Islam ... (nak guna istilah bomoh macam tak sesuai) 



sejak daftar dengan Darus Syifa', alhamdulillah hari ni dah berjaya hafal 7 daripada 10 ruqyah asas. alhamdulillah jugak sebab banyak ayat-ayat ruqyah memang dah ada dalam hafalan sejak dulu lagi ... tinggal lagi nak lancarkan semula ayat-ayat yang jarang-jarang ulang ... dan hafal mana-mana doa yang bukan daripada ayat Quran.

mohon Allah mudahkan segala urusan ... amin

lagi tambah semangat nak hafal bila tengok student2 sendiri gigih hafal Quran, boleh pinjam zouq (semangat) mereka untuk hafal ruqyah, hehehe ... yang paling penting semangat paling kuat daripada CT yang tercinta .. mmmuahhhhhhhhh 

sambil-sambil hafal ruqyah, sempat jugak belek buku Rawatan Penyakit Jasmani, sebagai tambahan pemahaman hafalan2 ruqyah tu.


ok lah ... berenti kat sini dulu .. next time cerita lagi

wassalam